ADA SOALAN?

DIVIDEN

1. Siapakah yang layak menerima dividen?

Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN yang berstatus aktif semasa proses agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.

2. Adakah pendeposit layak menerima dividen jika menutup akaun sebelum dividen diagihkan?

Tidak layak.

3. Adakah pendeposit layak menikmati dividen sekiranya membuat pengeluaran simpanan sebelum dividen diagihkan?

Layak selagi tidak membuat penutupan akaun.

4. Bagaimana dividen tersebut dibayar kepada pendeposit?

Dividen akan dikreditkan terus ke akaun SSPN.

5. Adakah dividen dikecualikan cukai pendapatan?

Ya. Pendapatan dari dividen SSPN dikecualikan daripada cukai.

en_USEnglish